Berguru demi ilmu bina generasi baru

Gurudari mu aku belajarmengenal huruf abc.. alif ba ta.. ila yadari mu aku belajar mengejamembaca menulis mengiradari mu aku tahu membezamana rumi mana jawimana agama mana tradisi Pesan gurukubuat kerja biar bersungguhalang-alang mandi biar basahalang2 menyeluk pekasambiar sampai pangkal lenganbukan hangat2 tahi ayammelepas batuk di tanggabuat kerja biar kena dengan masajangan belum duduk dah berlunjur…

TERHALANG

TERHALANG Di hari-hari kelmarin ketika pintu dan lorong di kedua2 kota suci masih luas terbentang rumah2 mu belum terkunci langkah kaki ku menujunya sering sahaja tertunda tunda disibukkan dek urusan dunia bagai tiada kesudahannya langit bertukar mendung tiba2 mentari siang dilitupi gerhana terang berubah suram sekelip mata kabus menyelubungi alam maya virus corona menyerang kita…

KERDIL

KERDIL Kita tak punya watak adiwira susuk tubuh sasa gagah perkasa miliki kuasa sakti ‘super power’ hebat menentang musuh durjana kami lah polis penyelamat dunia sokong kami atau kalian merana angkuh tak berselindung lagi pemimpin besar mereka berperi mereka ada lah kuasa gergasi punya kuasa veto sanggah resolusi kata mereka kami raksasa ekonomi tak siapa…

TANGAN DI ATAS

TANGAN DI ATAS Tangan yang memberi dalam terang atau sembunyi ketika gelap di malam hari di kala siang di waktu pagi jujur membantu ikhlas memberi usah peduli celaan caci maki dipandang mulia dipuja dipuji awasi langkah kaki kau pasti diuji jagalah hati bila ujub kebaikan diri riak mencurah bakti aku berjasa kepada pertiwi akulah pejuang…

Seni Politik

Seni politik | Politik itu dinamik sifatnya namun prinsip tetaplah ada ada roh ada jiwa punya rasa tidak jumud tersimpul mati tidak pula lepas bebas tanpa tali politik itu berseni kadangkala terserlah niat nampak nyata dalam kerja buat terkadang terlindung senyap diam di hati langkah tersirat kerana politik itu berseni setiap gerak ada rentak tari…

Lupus Pupus

Yang Lupus dan Pupus | Apa nak jadi dengan orang kita Jati diri pudar lesu tak bermaya Semangat hanya tinggal pada kata Jiwa rapuh kental tidak seberapa  Sudahlah adat dicampak ke kuala Agama pula hilang entah ke mana Menurut saja apa orang kata Hatta disuruh berbuat nista  Waima sanggup berkata dusta Asalkan periuk nasi terjaga Apa…

Rajuk

Rajuk | Jangan terlalu emosi kerana kadangkala banyak yang kita terlepas dalam kehidupan ini jika terlalu mengambil peribadi mengenai sesuatu perkara sedang kehidupan itu terus berjalan meski pun tanpa kita dan kitalah yang kerugian kerana tidak akan menjadi sebahagian dari peristiwa esok hari kerana perjuangan itu bukanlah soal peribadi tapi survival umat cukup-cukuplah merajuk.. the…

Hakikat Kehidupan |

Hakikat Kehidupan | Dunia ini ibarat medan ujian ke atas makhluk bernama insan usia umpama modal dipinjamkan ilmu, akal dan nafsu bekal perjalanan wahyu dan sunnah sebagai panduan hartabenda, pangaruh, kuasa menjadi taruhan anak dan isteri, kaum kerabat menjadi perhiasan iblis, syaitan mengganggu pengabdian hamba kepada Tuhan beruntunglah mereka yang tidak dilalaikan Maka begitulah berlangsungnya…

Bahtera Zaman

Bahtera Zaman | Jangan menebuk bahtera zaman usahlah kita saling bercakaran tikam menikam sesama kawan dengan lawan boleh makan sehidang dengan kawan berkerat rotan berpatah arang jangan kerana marahkan nyamuk seekor kelambu pula yang mahu dibakar Berakhlaklah jika hendak menegur berlapang dada pula bila ditegur menarik rambut dalam tepung rambut jangan putus tepung jangan berselerak…